SAPE YANG DATANG MELAWAT TUU?? TINGGALKAN JEJAK ANDA DI SHOUTBOX OKE,,!!

Monday, March 24, 2014

Pengalaman Temuduga Imigresen KP17

Assalamualaikum & hyep! 
Oke, entry kali nie ambo nak story sikit pengalaman gi temuduga tadi siang hari..


Jeng jeng jeng,, TUUUDIAAAAA,,
Meh nak habaq,, ambo FAILED!! Pegawai tuu cakap bahu kiri ambo senget,. entah laa belalang,dah naseb.. BMI ambo pun x berapo nok comey jugak.. tuu yang tersungkur di tengah jalan sebelum berperang.,
haisyyy,, kecewa tuu memang ambo kecewa,, yang bahagian lain semua beres.. tapi x pe laa, Insya Allah rezeki ambo ada lagi nanti,.

Nie nak habaq sikit pasai temuduga,.:
> Pastikan anda melengkapkan dokumen yang disyaratkan dalam surat panggilan temuduga,.
> Susun dalam file lelok mengikut urutan.
> Semasa pi temuduga, anda dikehendaki memakai baju sukan : seluar sukan, baju berkolar seeloknya, berkasut sukan. Tetapi jangan lupa bawa bersama salinan pakaian formal untuk temuduga lisan. (tapi bergantung kepada nasib anda laa,,~~)

Nie sikit pengalaman temuduga separuh jalan ambo,.:
> Mula daftarkan diri,. then disuruh menunggu & diberi sedikit taklimat.
> Pabila tiba giliran, akan dipanggil secara berdua masuk ke dalam bilik,. Pemeriksaan fizikal dimulakan,.
> Timbang berat, ukur ketinggian, ujian mata, pengecaman warna, pemeriksaan tubuh badan (jangan sangka bahawa hanya calon lelaki sahaja yang terlibat, calon wanita turut diperiksa..tapi dengan pegawai wanita laa..) bertujuan untuk memeriksa samada mempunyai tatu, parut, tangan ok/x.,
> Ujian kawad, berjalan..(jika tidak pandai kawad,jangan sesekali berlagak pandai,,buruk padahnya,.anda mungkin bakal menerima malu & 'panas telinga' akibat dimarahi pegawai bertugas..
> Seterusnya,,menunggu keputusan samada layak atau x ke peringkat temuduga lisan,, saat nie tangan ambo habis sejuk macam duk dalam peti esss,,
> Then, nama dipanggil,,AMBO FAILED! bahu ambo senget sebelah kiri,,adesss,,sedih laa mok weiii,,BMI ambo pun x stabil agaknya,,ntah laa,,

Nie sikit advice untuk ANDA yang bakal menjalani temuduga Imigresen nie,,:
> Kalau rasa tinggi x mencukupi (MINIMA L=1.57m, P=1.53m) ..saranan ambo,baik demo x payah pergi.,sebab tinggi x boleh ditipu,.
> Kalau berat anda x mencukupi (MINIMA L=48kg, P=46kg) ataupun anda timbang terlebih had,,saranan ambo jugak,baik x payah pergi.,
> Tapi lihat laa dulu result BMI anda kat http://www.nutriweb.org.my/bmical.php nie..dengan syarat BMI anda 19-26 oke,,!
> Kalau anda seorang yang 'bermata empat',,saranan ambo,baik demo x payah pergi..tapi kalau nak mencuba nasib & ambil pengalaman,bagos,,silakan,,
> Seandainya LULUS FIZIKAL, jangan terlalu berlagak menunjuk 'kehebatan' diri pada calon yang gagal,,ingat,mereka juga punya hati & perasaan yang lebih lembut berbanding anda,,
> Semasa ditemu duga,,jangan sesekali berlagak tahu seandainya x tahu.,mohon maaf secara berhemah kepada penemu duga,,
> Selepas temuduga,,jangan lupa pada pencipta kita,,sentiasa berdoa,solat 5 waktu,,lakukan solat sunat hajat sentiasa,,
> Seandainya keputusan yang anda terima GAGAL,jangan anggap anda akan gagal selama-lamanya,,seandainya LULUS,tahniah ambo ucapkan,,lakukan sujud syukur kepadaNYA,,kerana rezeki tuu datang daripadaNYA,,jangan alpa,,

Sekian saja untuk entry kali nie,,semoga bermanfaat,, :-)

p/s : senyum kelat nampak gigi =D

No comments:

Post a Comment