SAPE YANG DATANG MELAWAT TUU?? TINGGALKAN JEJAK ANDA DI SHOUTBOX OKE,,!!

Saturday, March 22, 2014

Secret Admire..

Hai, Assalamualaikum.. Dalam entry kali nie aku cuba try test guna ayat full tanpa ada singkatan perkataan,. Oke,, Aku masih sedang mencuba.. kehkehkeh =) 

'SECRET ADMIRE'

Sekali je aku sebut dua patah perkataan nie, serta merta macam naik bulu roma,. tengok, power betul orang yang aku 'admire-kan' nie,, wakaka.. 
Korang pernah lalui hal nie tak,. aku rasa korang pun sama macam aku jugak,. cuma mungkin cara & rasa kita berbeza,. betul x?? angguk laa weii.. haha,, Diri aku sendiri pun aku x pasti ada @ x orang yang suka aku dalam diam tanpa aku ketahuinya.. tapi ape yang aku tau dan aku rasa, ade individu yang menaruh hati pada aku.. aku tahu dan aku sedar, tapi aku hanya mem-blurrr kan diri sebab aku x nak di-cop sebagai SYOK SENDIRI (SS).. bukan salah aku jugak kalau aku bersikap macam tuu, sebab silap individu 'tersebut' yang tidak berani meluahkan apa yang terbuku dalam hatinya kepada aku.. (cehh,,aku syok sendiri..)

Oke,, kes aku macam nie,, tapi nie 'old story' lah.. lama dulu.. oke, aku start cerita,, aku mula kenal 'hamba Allah' nie kt salah satu fake account facebook aku.. kami berkenalan memang x lama.. fake account tuu aku x letak details diri aku yang sebenar,. nama,umur,duduk mana,,etc~ bla,bla,bla.. semuanya fake.. gambar profile korang jangan risau laa, aku letak gambor kartun je,. tapi dalam tanpa sedar aku dah 'paparkan' sikap sebenar aku sewaktu berkenal-kenalan dengan 'hamba Allah' nie,. & tanpa aku sedar jugak, sebulan kenal, aku dah mula jatuh tangga tertarik dengan 'hamba Allah' nie., 

Setelah sebulan lebih kami kenal, tetiba aku tersedar dari khayalan bila si dia mengetuk 'pintu mimpi' aku dengan pertanyaan, 
"Dah sebulan kita kenal, awak tak pernah berikan nombor telefon awak. Ok, kalau awak tak boleh bagi jugak, sekurang-kurangnya hantar laa sekeping gambar diri awak. Sebab saya tak mahu tatap gambar kartun tuu tiap-tiap hari. Saya mahu kenal bakal suri hidup saya. Bila saya boleh jumpa awak?"
Sungguh.. saat tuu aku rasa sangat terpukul dengan persoalan yang dilemparkan kepada aku., lantas,masih lagi aku menjawab persoalannya dengan alasan-alasan yang mungkin sudah lama basi kerana sering AKU hidangkan kepadanya setiap kali dia meminta..

Aku sendiri keliru & buntu memikirkan masalah yang sedang aku lalui., pada ketika itu laa aku memikirkan cara UNTUK LARI DARI MASALAH meskipun aku sedar ia x dapat menyelesaikan masalah aku., aku nekad untuk delete account facebook tuu tanpa memaklumkan kepadanya sedikit pun,, kejam kan aku nie??? memang kejam,, dah laa aku tipu dia, saat tuu aku hilangkan diri tanpa pengetahuannya pulak,. tapi aku baik, sebab aku x tipu tentang perasaan aku terhadapnya,. saat tuu jugak aku jadi 'selfish' sebab aku kutip semua info tentang dia, gambar dia, emel dia,. aku simpan sebagai bekalan di saat setiap kali aku merindui dia, mengingati dia.. Namun, aku tidak tinggalkan sedikitpun info tentang diri aku kepadanya,, bukan aku takut dia tahu 'siapa aku'.. tapi aku takut DIA BENCI AKU,. 

**Aku mula melantik diri aku sebagai penjenayah kerana aktiviti aku adalah STALK dia dari jauh,,tanpa dia sedar,.**

Sememangnya lari dari masalah x kan selesaikan masalah,, aku yang hadapi masalah seterusnya pabila aku sendiri hanya dapat melihat dia dari kejauhan tanpa aku bisa berbicara dengannya lagi.. aku hadapi masalah lagi saat aku rindukan dia,. hati aku meronta-ronta ingin melepaskan segala rasa keluh kesah nie,. sungguh aku x tahan.,

Aku sendiri tidak pasti kapan hal ini bakal berakhir,, kapan aku harus menguburkan rasa ini agar bisa aku hidup tenang tanpa bayangannya lagi,. iye, mungkin dengan berkahwin, aku boleh memulakan hidup baru, melupakan dia,. tapi, kawen dengan siapa?????

errr..blurrrr again,,

DEHEARTY - PERMATA YANG DICARI

No comments:

Post a Comment